Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya 2012!



Alhamdulillah sampai juga kita di tahun 2012. Syukur kepada Allah kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat dan umur yang panjang. sehinnga kini masih segar terasa dengan kenikmatan yang diberikan. Banyak yang terjadi dalam tahun 2012. Dari Awal Januari sampai September, banyak kenangan yang memang tak dapat i lupakan sampai harini. hmm.. tak baik mengeluh tapi yelah banyak yang kita cuba nak lupakan tapi masih terngiang-ngiang.

Seperti biasa, sorry semua sebab dah lama sangat tak post dekat blog nih..i sibuk sangat dengan kerja kerja dan kerja laa ape lg...Alhamdulillah dah setahun lebih i bekerja di ASTRO. Rezeki Allah Taala berikan tak putus-putus. happy! kat sini banyak belajar tentang erti sabar, time management, kreatif dalam penulisan dan pengeluaran konsep. huh! seriously tak pernah terfikir pun akan jadi Script Writer bila dah bekerja tapi rezeki yang tak disangka-sangka! sekarang i dah jadi seorang penulis skrip! nampak macam mudah tapi...........haaa, gitulah!

 Tahun nih i dah 23 tahun, tahun depan 24!arrghhh! takotnye... hehe.perempuan biasalah..dilema sokmo! bila nak sampai umur 25 semua gelabah molek. gebang-gebang. macam-macamlah soalan-soalan popular berkumandang di udara sepanjang berjumpa sanak - saudara. "bila nak kawin" "anak sedara semua dah kahwin, maksu tak jalan-jalan lagi camane nih? "  - OHMYSTRESS!

jawapanku, alaa.. maksu kan muda lagi..chill lah.. - mak aku pun jeling tikam kat aku terus!  hehe.. dah, cerita lain. ohh!! since kita dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri yang tak berapa lama lagi nih mari kita cerita pasal persiapan raya.

korang baju raya warna apa? kita kan nak kaler yang mcam pastel-pastel tu tapikan.....sedih! last-last kita punya tema tahun ni pakai tibai je warna.... ELECTRIC BLUE! haa nantikan wajah berseriku di Aidilfitri..
nanti kita upload picture taw! pastukan..kita rasa baju raya kita tahun ni paling mengarut harga dia..fikir balik menyesal beli sebab..habis suku duit gajiku..lalalaaa. nak sedap kan hati tapi memang puas hati lah! satu dalam seribu..tiada tiruan.hehe..

pastu kasut and handbag mesti korang beli baru kan? kita tak beli sebab tak rasa pun nak beli baru. heels tahun lepas ala-ala kim kardashian kita chantik lagi. so tak payahla beli!handbag plak kita baru beli haritu so tak payah gak. emmm.. gaji bulan ni kita pergi buat rambut, beli supplement (nak chantik jgk), bagi mak duit, dan belanja orang ramai..hehe.

entah kenapa tahun ni tak rasa macam beriya sgt nak membeli..mybe sebab kita dah besar dan matang.cheewahh! kita harap tahun ni kita dapat duit raya lagi..sebab kita bongsu maaa...and trick raya ni nak pakai macam ala-ala budak sekolah look.baru dapat duit raya..ngahahha!!kan.kan...owyeah..owyeah..

oklah..kita nak pergi shopping nih.. MinalAidilWalfaizin Maafkan Zahir dan Batin..Kak Nita sayang semua!
Raya nak datang rumah whatsapp ok!kita raya KL je..tak balik Thailand tercinta.. :)

No comments: